BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 16 July 2011

mencuba untuk kekal setia

TAZKIRAH RINGKAS : BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA..

Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:

FIRMAN ALLAH:

“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:

“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”

Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”
Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

والله اعلم

Doa Untuk Bukan Islam

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada beberapa keadaan dan isi kandungan doa, pertama HARAM kedua HARUS. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :-

1. HUKUM HARAM

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN.
Imam An-Nawawi menyebut :
وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع
Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu')

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil asas antaranya :-

  • Firman Allah :-

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Ertinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)


  • Hadis Nabi :

أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )
Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : "Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti " sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai"
Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM. Imam Ib Hajar Al-Haithami Al-Syafie berkata
حرم الدعاء بأخروي لكافر، وكذا من شك في إسلامه، ولو من والديه
Ertina : haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya ( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )

2. HUKUM HARUS
Ulama juga sepakat mendoakan orang bukan Islam (kafir) agar mendapat HIDAYAH adalah HARUS DAN DIBENARKAN. Demikian juga lain-lain kebaikan bersifat dunia seperti umur panjang, kesihatan, lebih adil dan sebagainya, doa dalam hal kedunia itu HARUS selagi mana dia bukan merupakan seorang penentang utama Islam.
Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :
بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ
Ertinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.

RINGKASAN DALIL
Terdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-

  • Hadis nabi : -

فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ
Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)
Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : "Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah" (dari Riwayat Muslim)
Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).


  • Hadis nabi :-

كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
Ertinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)

Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu". Justeru, Jika keadaan sesuai (kerana rakan agak rapat & telah ada minat kepada Islam), ucapan selepas mendengar bersin seorang bukan Islam itu boleh ditukar kepada "May Allah guide you" atau apa-apa yang seerti dengannya. Namun jika situasi itu tidak sesuai, eloklah berdiam diri sahaja atau boleh disebut 'get well soon' atau apa-apa ucapan lain bersifat kebaikan dunia.
Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)


  • Hadis nabi :

Nabi pernah berdoa :
اللهم اعز الإسلام بأحب العمرين
Ertinya : Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal)

Para ulama juga menyimpulkan keharusan berdoa untuk bukan Islam yang baik dan TIDAK BERCIRI PENENTANG ISLAM agar mendapat bertambah adil, bertambah baik, dipanjangkan umur, tambah anaknya, sihat tubuhnya dan dari jenis manfaat dunia yang tidak melibatkan akhirat serta rahmat dan keampunan.
Sebagaimana nabi pernah meminta Allah melewatkan dan menangguhkan azab ke atas penduduk Taif yang menghalaunya kerana mereka jahil dan tidak mengetahui.

KESIMPULAN
Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA. Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.
TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya.
Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-
من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله
Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Erti Gerak Geri Dalam Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Tuesday, 3 May 2011

Tenanglah Duhai Hati




Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...
Anda mungkin juga meminati:

Sunday, 1 May 2011

Doa Untuk Bukan Islam Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada beberapa keadaan dan isi kandungan doa, pertama HARAM kedua HARUS. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :-
1. HUKUM HARAM
Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN. Imam An-Nawawi menyebut :وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماعErtinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu')
RINGKASAN DALIL
Terdapat beberapa dalil asas antaranya :-
Firman Allah :-
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِErtinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)

Hadis Nabi :
أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : "Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti " sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai" Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM. Imam Ib Hajar Al-Haithami Al-Syafie berkataحرم الدعاء بأخروي لكافر، وكذا من شك في إسلامه، ولو من والديهErtina : haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya ( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )
2. HUKUM HARUS
Ulama juga sepakat mendoakan orang bukan Islam (kafir) agar mendapat HIDAYAH adalah HARUS DAN DIBENARKAN. Demikian juga lain-lain kebaikan bersifat dunia seperti umur panjang, kesihatan, lebih adil dan sebagainya, doa dalam hal kedunia itu HARUS selagi mana dia bukan merupakan seorang penentang utama Islam.Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْErtinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.
RINGKASAN DALILTerdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-
Hadis nabi : -
فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْErtinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : "Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah" (dari Riwayat Muslim)Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).

Hadis nabi :-
كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْErtinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)
Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu". Justeru, Jika keadaan sesuai (kerana rakan agak rapat & telah ada minat kepada Islam), ucapan selepas mendengar bersin seorang bukan Islam itu boleh ditukar kepada "May Allah guide you" atau apa-apa yang seerti dengannya. Namun jika situasi itu tidak sesuai, eloklah berdiam diri sahaja atau boleh disebut 'get well soon' atau apa-apa ucapan lain bersifat kebaikan dunia. Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)

Hadis nabi :
Nabi pernah berdoa :
اللهم اعز الإسلام بأحب العمرينErtinya : Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal)
Para ulama juga menyimpulkan keharusan berdoa untuk bukan Islam yang baik dan TIDAK BERCIRI PENENTANG ISLAM agar mendapat bertambah adil, bertambah baik, dipanjangkan umur, tambah anaknya, sihat tubuhnya dan dari jenis manfaat dunia yang tidak melibatkan akhirat serta rahmat dan keampunan.Sebagaimana nabi pernah meminta Allah melewatkan dan menangguhkan azab ke atas penduduk Taif yang menghalaunya kerana mereka jahil dan tidak mengetahui.
KESIMPULANHukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA. Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya.Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى اللهErtinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Kelebihan Bulan Sya'ban













Aisyah r.a berkata: Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat al-Nasaai dan Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (Hadis riwayat Abu Daud)

sabar


Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)


Kualiti Persahabatan

Saya berpendapat persahabatan begini kurang kualitinya. Saya lebih rela lama tidak berjumpa kawan yang saya ada dan kemudian tiba-tiba berjumpa mereka 10 tahun di akan datang. Ini lebih menarik dan mengujakan. Berjumpa kawan, sama ada yang jauh atau dekat, tiap-tiap hari di Friendster adalah sesuatu yang sangat membosankan. Ada orang berhujah bahawa sebab utama dia menyertai Friendster adalah untuk mencari semula kawan-kawan lama.

Memang betul. Friendster meningkatkan kebarangkalian untuk bertemu semula dengan teman-teman lama. Selalunya, apabila mereka bertemu kembali dengan kawan lama di Friendster, mereka akan berasa sangat-sangat terkejut, terkesima, dan teruja. Ada juga rasa riang di dalamnya. Kemudian mereka saling bertukar-tukar testimonial dan mesej dengan sangat kerap.

Namun, kekerapan ini semakin berkurangan apabila masa semakin menuju ke depan. Testimonial yang pada awalnya saling bertukaran 2 kali sehari, akhirnya bertukar kepada sebulan sekali, dan akhirnya 3 bulan sekali. Dan apabila masa semakin lagi bergerak, testimonial yang pada dulunya memiliki aroma seperti "Eh, bestnya jumpa kau. Apa cerita kau sekarang..bla..bla..bla.. (panjang sangat nak tulis)", akhirnya berubah menjadi "Eh, kau ni memang la. Takkan setakat lalu aje kat profile aku. Alang-alang dah lalu tu, bagi la testimonial".

Di samping itu, perkembangan sahabat lama kita akhirnya tidak lagi diberitahu in-person. Sebaliknya kitalah yang perlu membuka profil mereka untuk mengetahui apa cerita mereka sekarang. Sounds familiar? Percayalah, dengan tidak memiliki Friendster, anda pasti akan menemui sesuatu yang lebih menarik dan mengujakan dalam setiap ikatan persahabatan yang terjalin.

Ketika ibu saya kecil, dia memiliki seorang rakan baik. Namun demikian, mereka berdua telah berpisah. Pada satu hari, kira-kira 40 tahun kemudian, ibu saya mendapat panggilan telefon dari seorang wanita. Wah, rupa-rupanya si pemanggil itu adalah rakan ibu saya sewaktu kecil! Dari mana dia dapat nombor telefon rumah saya, saya sendiri pun tidak tahu. Tetapi, ada udang di sebalik batu rupanya.

Dia menelefon ibu saya untuk menjemput menghadiri kenduri kahwin anak lelakinya. Anak lelakinya adalah salah seorang anggota kumpulan rap yang sangat terkenal kira-kira 10 tahun dahulu (maaf saya rahsiakan nama kumpulan itu). Sebelum berlakunya kenduri kahwin itu, agak kerap juga ibu saya dan dia berbual di telefon. Selalunya dia yang akan menelefon ibu saya. Tetapi setelah perginya majlis itu, tidak pernah rasanya dia menelefon ibu saya. Apabila kakak saya kahwin pula, ibu saya menjemputnya datang, dan Alhamdulillah, jemputan itu berjaya ditunaikan olehnya.

Dan kemudian mereka berdua berpisah lagi. Sudah jarang menghubungi. Inilah persahabatan. Bertemu dan berpisah. Datang dan pergi.

Namun, ada sesuatu yang perlu kita sedar. Perpisahan bukan bermaksud terus melupakan. Sebab itu pepatah Melayu berpesan kepada para suami, "Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Orang tua-tua kita bukan menyuruh suami meninggalkan isteri di rumah untuk menggatal dengan perempuan lain. Sebaliknya, mereka menasihati suami supaya pergi jauh sekali-sekala dari rumah, dan apabila pulang, pasti akan terbit lebih rasa kasih sayang di antara suami dan isteri. Ini kerana jarak dan perpisahan akan melahirkan lebih rasa sayang di hati manusia. Maka, perpisahan juga akan menjadikan sebuah persahabatan itu lebih berkualiti.

Menuju Akhir Kehidupan Hendaklah Ditempuh Dengan Berbagai Amal Kebajikan

Posted by: nurjeehan in Tafakur (Muhasabah), Tazkirah

Syaikh Ibnu ‘Athaillah Al-Iskandari
Sumber : Matan Al-Hikam

Berkata Syaikh Ibnu ‘Athaillah :

“Maka dia (orang yang berkaki) berpaling dari dunia dengan memejamkan matanya serta berlari daripadanya, kerana dia tidak menjadikan dunia ini sebagai tanah air dan tidak pula sebagai tempat menetap. Bahkan dia bangkit dengan semangat menuju kepada Allah Ta’ala dan dia berjalan di dunia ini dengan memohon pertolongan-Nya untuk segera sampai kepada-Nya.”


Secara beransur-ansur, waktu demi waktu, hari demi hari, hinggalah tahun demi tahun yang perlahan tetapi pasti, perjalanan yang kita lalui semakin jauh dan kita semakin dekat ke penghujungnya, yakni titik akhir dalam sebuah kehidupan. Nyawa kita akan diambil oleh Yang Empunya dan tubuh ini akan sejuk kaku kemudian dihantar oleh orang ramai ke dalam kubur yang sepi, gelap dan sempit. Ketika itu tiada bezanya antara raja dengan rakyat jelata, antara orang cerdik dengan orang bodoh, antara orang kaya dengan orang miskin, antara orang yang memegang kekuasaan dengan orang yang menjadi pengikutnya dan sebagainya.

Oleh yang demikian, setiap kita hendaklah bersedia untuk menghadapi kepastian ini dengan pelbagai daya dan usaha, dengan pelbagai amal dan kebajikan. Dalam perjalanan menuju garis akhir kehidupan ini, hendaklah kita melengkapi diri dengan berbagai persediaan yang diperlukan. Di sana terdapat dua persimpangan jalan, sehingga kita perlu benar-benar teliti dan cermat memilih jalur mana yang hendak kita lalui, yakni jalur ke neraka atau jalur ke syurga.

Kita perlu berhati-hati, jangan sampai kita tersalah jalan, tertipu dan terpedaya, sehingga kita menempuh jalur ke neraka. Kerana jalan ke neraka itu penuh dengan kesenangan dan kemewahan, kegembiraan dan gelak ketawa, keseronokan dan kebanggaan, sehingga orang-orang yang lemah imannya akan mudah tertarik untuk melaluinya. Sedangkan di hujung jalan itu terdapat sebuah jurang kenistaan, lembah kebinasaan dan lubang kehinaan serta malapetaka yang besar, yang mahu tidak mahu orang yang melalui jalan ke arahnya akan sampai kepadanya, kecuali bagi mereka yang sedar lantas dia bertaubat, kemudian dia kembali ke pangkal jalan untuk memulai jalan baru yang lebih selamat.

Manakala jalan ke syurga itu dipenuhi oleh berbagai cubaan, ujian, rintangan dan peraturan-peraturan serta perkara-perkara yang tidak disukai oleh nafsu. Kerana itu tidak sedikit orang yang enggan melaluinya. Padahal di hujung jalan itu terdapat taman kebahagiaan, kenikmatan dan kurnia Ilahi yang tiada taranya.

Bagaimanapun dengan kasih sayang Allah yang begitu besar terhadap hamba-Nya, maka Dia tidak membiarkan hamba-Nya terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan itu dengan begitu sahaja. Oleh itu dia melengkapi hamba-Nya dengan akal, sehingga dengan akal itu kita mampu memilih jalan yang hendak kita lalui dan jalan mana yang perlu kita jauhi dalam menuju garis akhir kehidupan ini.

Di samping adanya dua jalan sebagaimana yang disebutkan di atas, dalam perjalanan menuju titik akhir kehidupan ini, manusia sentiasa dihadapkan kepada undang-undang jalan yang mesti dipatuhi untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia dalam perjalanan itu.

Di dalam Islam, terdapat lima undang-undang jalan yang mesti dipatuhi oleh umatnya, iaitu haram, makruh, mubah, sunat dan wajib. Di antara undang-undang yang lima itu, terdapat pula suatu undang-undang yang tidak jelas kedudukannya, sama ada halal atau haram, sehingga tidak sedikit orang yang terpedaya olehnya. Ini sesuai dengan apa yang pernah dikatakan oleh Rasulullah (saw) dalam sabda baginda yang berbunyi :

“Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Tetapi di antara yang haram dengan yang halal itu terhadap perkara-perkara yang belum jelas hukumnya (syubhah). Ramai orang yang tidak tahu, apakah ia itu termasuk ke dalam bahagian halal atau haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat; dan barangsiapa yang mengerjakan sedikit pun daripadanya hampir-hampir dia akan ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah, bahawa setiap raja mempunyai kawasan larangan. Ingatlah bahawa kawasan larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim & At-Tirmidzi, dan riwayat ini adalah lafaz At-Tirmidzi)

Kewaspadaan kita dalam memperhatikan dan mematuhi papan tanda jalan yang ada, adalah menjadi penentu terhadap kebahagiaan hidup kita selanjutnya selepas melalui garis akhir kehidupan ini. Oleh yang demikian, maka yang terpenting di sini bukanlah sampainya kita kepada garis akhir itu, tetapi apa yang akan berlaku selepas melalui garis tersebut.

Perlu kita sedari, bahawa jalan menuju akhir kehidupan ini tidak sentiasa mulus dan lurus, tetapi sering terdapat berbagai macam godaan dan iklan yang terpampang di tepi jalan serta rintangan yang berusaha membelokkan jalan kita ke persimpangan yang lain, baik godaan itu datangnya dari manusia mahupun dari syaitan atau nafsu kita sendiri.

Oleh yang demikian, Allah Ta’ala memberikan peringatan-peringatan kepada kita, agar kita tidak tertipu dan terpedaya oleh iklan dan berbagai pujuk rayu itu dengan firman-Nya yang antara lain berbunyi :

“Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia ini memperdayakan kamu, dan jangan pula penipu-penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.” (Surah Luqman : 33)

Dalam kehidupan ini, seringkali kita disibukkan oleh berbagai urusan dunia sehingga kita lupa bahawa jalan yang kita lalui semakin dekat ke penghujungnya. Padahal, jika kita sudah sampai garis penamat itu, kita tidak akan boleh mundur walaupun setapak. Oleh itu, alangkah baiknya, jika setiap saat dan ketika kita merenung dan mengoreksi diri (muhasabah), apakah kita sudah mempunyai bekal yang cukup, atau apakah masih banyak beban dosa yang kita tanggungkan selama dalam perjalanan itu.

Tiada lain yang perlu kita fikir dan kita renungkan di sini, kecuali berusaha untuk melihat kelemahan, kelalaian, keterlanjuran dan kesalahan diri kita selama dalam menempuh liku-liku kehidupan ini, semoga kita senantiasa membersihkan diri kita daripada noda-noda tersebut sebelum kita sampai ke garis penamat, dan kemudian untuk berhadapan dengan Allah Rabb Al-Jalil bagi mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita sepanjang perjalanan hidup di dunia ini.

memburu hikmah

Oleh Ibn ‘Athaillah
Penawar Hati, Penyejuk Jiwa

Allah menganugerahkan al-Hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa yang dianugerahkan al-Hikmah beerti telah dianugerahkan kurnia yang banyak. Hanya orang berakal yang dapat mengambil pelajaran.” (Al-Baqarah, ayat 269)

Hikmah bukanlah nubuwwah, melainkan ilmu pemahaman dan al-Quran al-Karim. Ada yang berpendapat bahawa hikmah adalah rasa takut dan cemas kepada Allah.

Imam Malik r.a. berkata : “Yang tersirat dalam jiwa anda, hikmah adalah pemahaman terhadap agama serta rahmat dan kurnia Allah yang dimasukkan ke dalam jiwa.”

Perkara itu menjadi jelas apabila kita menyaksikan seseorang yang pandai dalam urusan dunia namun tidak memahami agama sama sekali. Sementara ada lagi orang yang lemah dalam urusan dunia tetapi faham dalam masalah agama dan peka terhadap urusan akhirat.

Wahai manusia, janganlah anda jauh dari majlis hikmah walaupun anda telah terjerumus dalam maksiat. Janganlah berkata : Apa gunanya menghadiri majlis ilmu dan hikmah kalau aku masih tidak boleh meninggalkan maksiat?

Seorang pemburu mesti boleh membedik majlis ilmu dan hikmah, lalu anda kembali pada kesalahan dan kelalaian, jangan berputus asa dengan berkata : Apa gunanya hadir?

Tetapi hadirlah ke majlis ulama dan perhatikanlah mereka agar anda sedar, mendapat manfaat dan selamat dari dosa.

Barangkali dalam diri anda ada penyakit yang sudah berumur 40 tahun. Mungkinkah anda dapat menghilangkan penyakit tersebut dalam sekejap atau dalam sehari? Sabar dan tekunlah dalam meminum ubat serta periksakan diri anda kepada yang pakar.

Comments No Comments »

Wahai jiwaku,

Engkau hanya mempunyai sekali hidup. Tiada sesaat pun yang telah dilalui boleh dikembalikan kerana dalam perbendaharaan Allah jumlah nafas bagimu sudah ditentukan dan tidak dapat ditambah.

Ketika kehidupan telah berakhir, tiada lagi lalu lintas rohaniah yang mungkin engkau perolehi. Kerana itu, apa yang dapat engkau kerjakan, kerjakanlah sekarang.

Beramallah hari ini sedemikian rupa seakan-akan hidupmu telah engkau habiskan dan bahawa hari ini adalah hari tambahan yang dianugerahkan kepadamu oleh rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Kekeliruan apa lagi yang lebih besar daripada mensia-siakannya?

Comments No Comments »

Hal-hal yang mengurangi “al-muruah” (wibawa) seseorang muslim di hadapan umum :

  • Makan minum berdiri/berjalan/dengan tangan kiri
  • Bersendawa keras
  • Banyak tertawa, terbahak-bahak
  • Banyak bercanda, banyak bicara, humor porno
  • Merokok
  • Bersalaman dengan bukan mahram
  • Menguap tanpa di tutup, ngupil
  • Buang angin terdengar walau bercanda pada keluarga sekalipun
  • Bau badan yang dibiarkan
  • Mata yang liar
  • Buang hingusan/ludah/sampah sembarangn
  • Kurang sopan bicara/berpakaian apatah lagi yang membuka aurat.

(Abdlmslim – KH Muhammad Arifin Ilham)

Saturday, 30 April 2011

Maruah seorang wanita...



cuba kita renungkan, sebuah pengibaratan.dimana ada dua gelang, satu diletak diatas di atas meja,dipamerkan dikhalayak ramai boleh dibelek-belek,dipegang-pegang oleh para pengunjung.satu lagi gelang yang dititip dengan berlian yang berkilau dan dibalut dengan kertas khas,diletakkan di dalam sebuah kotak yang istimewa dan kotak tersebut diletak dalam cermin untuk tayangan ramai.yang mana satukah anda akan pilih.yang sudah dilihat dipegang-pegang diraba-raba oleh ramai orang ataupun yang tersedia khas dalam sebuah kotak khas dan tidak pernah disentuh oleh sesiapa pun.begitulah pengibaratan seorang insan yang telah dimuliakan di sisi islam.dialah sang HAWA.

begitulah pengibaratan yang ana bawakan untuk anda renungkan.tika mana perkara ini sangat perlu ditekankan kerna keadaan yang memaksa.dan hanya inilah cara yang paling tepat untuk seorang insan seperti ana lakukan.wanita ataupun hawa, kerna mereka sang ADAM boleh terjatuh kedalam perangkap duniawi,kerna mereka jugalah si ADAM boleh terpesona dengan keindahan ukhrawi.

Wanita ketika zaman jahiliyyah dahulu kala sangat dibenci.entah kenapa salah mereka sehingga mereka dibenci.Dan ketika turunnya islam,yang telah menaikkan darjat seorang wanita dan memuliakan mereka.dan sejak itu wanita telah dilayan dengan baik.mereka boleh menerima pendidikan sama seperti kaum lelaki,mereka boleh berkerja sama seperti kaum lelaki.dan memang benar sang HAWA itu mulia di sisi islam.syurga juga terletak di bawah kaki sang wanita.para ibu juga lebih diutamakan dari para ayah seperti lagu "my mother".begitu istimewanya seorang wanita.

tetapi realiti kini telah berlainan.Wanita dengan rela hatinya,tanpa segan silu,dengan hati terbuka,dengan rasa gembira dan suka suki mencampakkan diri mereka ke dalam jurang kemaksiatan.walaupun mereka telah dimuliakan oleh islam itu sendiri,mereka lebih sanggup menjadi hamba kepada lelaki.mereka lebih sanggup jadi sebab utama runtuhnya iman seorng pemuda.dan setengah mereka bangga dengan mempunyai tuan lelaki atau perkataan yang lebih mereka gemar katakan teman lelaki sedangkan meraka hanya menjadi hamba pada lelaki tersebut.adakah mereka berfikir.tidakkah itu telah menjatuhkan darjatnya ataupun maruahnya.

dan lebih menyedihkan lagi ketika mana seorang wanita yang mendapat tarbiah di dalam kehidupannya tergolong dalam wanita yang ingin meruntukan maruahnya, mereka sanggup menaikkan suaranya dalam suasana yang tertentu untuk menarik perhatian sang ADAM.dan melihatkan keadaan ini, ana telah menambah pengibaratan perenggan diatas sekali, dimana gelang yang ketiga juga dibalut dengan kertas khas dan diletakkan dalam sebuah kotak.tetapi malangnya gelang tersebut ciplak tidak original dan juga gelang yang dicelup.dan ana tahu bahawa fitrah wanita memang suka untuk menarik perhatian seperti murabbi ana sendiri katakan.tetapi anda adalah bermaruah.janganlah anda menggadaikan maruah anda demi untuk menarik perhatian hanya seorang lelaki.

dan sebelum ana akhiri coretan ana yang tak seberapa ini.ingin ana selitkan sebuah hadis yang ana pernah dengar dan baca "wanita itu tiang negara, bila baik wanita baiklah negara, dan bila jahat wanita runtuhlah negara" dan anda mungkin menyebabkan kebangkitan itu lambat.akhir sekali, ana ingin meminta maaf andai terdapat dalam kelemahan kerna ana bukanlah seorang yang maksum dan ana melakukan kesilapan.bahkan ana hanyalah seorang manusia yang dicipta lemah tanpa kudratNYA.semoga yang baik dapat disemat dalam hati dan yang buruk dan lemah dapat dimaafkan.

pst..... ana x tujukan pade mane2 individu... tapi pade suma ya!

LuV n He@rt.. :)




CINTA

“Cinta itu suci, jangan kotorkan dengan hawa nafsu. Cinta itu abadi, jangan bunuhnya dengan sesuatu yang bersifat sementara. Cinta itu tinggi, jangan menghenyaknya ke lembah yang hina. Cinta itu putih bersih, jangan nodai dengan warna dosa yang hitam legam.”

“Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, fikiran dan perasaan.”

-buku Tentang Cinta-

HATI

Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati. Suara lantang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. Munajat mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak bermujahadah. Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita. Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia. Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita. Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya?? Kerana dia, kita pinggirkan DIA. Adakah DIA berpuas hati?? Tepuk dada, tanya iman kita yang masih berbisa.

KITA TIDAK BOLEH MENCINTAI ORANG LAIN SEBELUM KITA MENCINTAI DIRI SENDIRI. DAN KITA TIDAK BOLEH MENCINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM MENCINTAI ALLAH..PENCIPTA DIRI KITA..